About Me

Wednesday

'manusia'

kamu pastinya tau
malam itu gelap
sehingga kamu takut untuk keluar

kamu juga pastinya tau
jatuh itu sakit
sehingga kamu selalu berhat-hati

tapi...
kamu harus sedar
siang yang terang
mengintip menantimu dalam kebahagiaan

Friday

mencari cahaya

TUHAN
likuan hidup yang penuh derita
luka kesempitan jalan itu
terhenti langkah
tercari arah
setelah tersungkur ke lembah
mampukah terus berlari?

rona jiwa sentiasa merubah warna
ada kalanya hijau,hitam,jingga
semuanya terlukis seni
terhasil peribadi
jauh direnung fikiran itu
tidak aku hidup sendiri!
kerana aku
ada TUHAN yang Maha Mengasihi

seandainya kekuatan itu hilang
kenang kembali derita hidup lalu
bagaimana aku mampu mengharunginya?
tanpa bantuan si DIA yang ESA
renungilah
lukiran apakah di hatimu?
seni keindahan hati
yang membawa syurga bahagia
atau
seni rona merobek jiwa
hitam kelabu ukirannya
yang zahirnya terasa bahagia
hakikatnya menjerat ke neraka

Wednesday

SUSUNAN KATA BUAT KELUARGA

Aku bukan pahlawan masyhur merata..
Tapi ku hanya anakmu yang tiada apa..

Ibu mahuku menjadi segagah singa..
Biar kuat biar gerun senegara..
Tapi ku hanya semut yang kerdil merata..
walaupun kecil hina tapi berharga..

ayah mahuku terbang tinggi di awan biru..
Nampak tinggi nampak gah selalu..
Bukan ku pinta ku merangkak lalu..
Walau dicaci maruah ku pegang jitu..

Kakak mahuku secerdik kancil..
Mahukan yang sempurna tiada degil..
Walau ku tentang tidak bermaksudku jahil..
Buruk baikmu pasti tetapku ambil..

Abang mahuku seindah mentari pagi..
Memberi cahaya diwaktu kelam sunyi..
Gurau senda bukan dendam ku cari..
Dibelakangmu teguh berdiri ku kunci..

Adik mahuku menjadi bunga yang seri..
Biar tenang diri jauh nun dari sepi..
Jentikku bukan sengaja tapi bererti..
Hingga bila ku tiada kau tetap disisi..